Kesilapan kaum Nabi Nuh bermula
BUKAN KERANA mereka membenci agama...

Tetapi kerana mereka terlalu mengagungkan orang yang dianggap baik dan soleh.

Pada peringkat awal, mungkin sekadar mahu mengenang.

Kemudian mula dijadikan lambang.

Selepas generasi demi generasi berlalu, tujuan asal semakin dilupakan.

Akhirnya…

Apa yang dahulu hanya dihormati, mula dijadikan tempat bergantung dan meminta.

Persoalannya:

Bolehkah perkara yang sama BERULANG dalam kehidupan umat hari ini—dengan nama dan bentuk yang berbeza?

Kisah Nabi Nuh bukan sekadar Cerita Bahtera...

Ramai antara kita mengenali kisah Nabi Nuh sebagai cerita tentang:

Sebuah bahtera yang besar

Banjir yang paling dahsyat pernah berlaku

Manusia dan haiwan yang diselamatkan

Anak Nabi Nuh yang enggan beriman

Tetapi di sebalik peristiwa tersebut, ada satu pelajaran akidah yang sangat besar:

Bagaimanakah kesyirikan mula tersebar dalam kehidupan manusia?

Bagaimana orang-orang soleh akhirnya dijadikan sembahan? 😭

Kaum Nabi Nuh, bukan tiba-tiba mereka kata: β€œHari ni aku nak sembah berhala.”
 
TIDAK.
 
Penyelewengan bermula dengan alasan yang nampak macam baik:
πŸ‘‰ β€œSupaya kita lebih semangat nak beribadah.”
πŸ‘‰ β€œNak ambil berkatβ€¦β€œ
πŸ‘‰ β€œKita tak sembah dia, kita hanya nak syafaat mereka untuk dekatkan kita kepada Allah.β€œ

Iblis pun ambil peluang emas ni..

Bila generasi baru datang berganti, Iblis mula hasut manusia,

β€œGenerasi sebelum kamu semua sembah patung-patung ni, itulah asbab mereka dilimpahkan hujan (rezeki).”

Syirik yang pertama di muka bumi pada zaman Nabi Nuh

Tak ada sahabat Nabi yang berdoa "Ya Muhammad, madad madad."

“Saya Tak Sembah Orang Mati… Saya Cuma Minta Dia Doakan.”

Ayat ini mungkin kedengaran biasa.

Mungkin juga kedengaran tidak bermasalah.

Sebab itu isu ini perlu dinilai dengan ilmu, bukan hanya berdasarkan perasaan dan emosi semata-mata.

1️⃣ Apakah sama antara β€œMeminta orang hidup mendoakan kita” dengan β€œMeminta doa daripada seseorang yang telah meninggal duniaβ€œ?

2️⃣ Adakah amalan meminta doa daripada orang mati pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad ο·Ί dan para sahabat?

3️⃣ Adakah dalil yang secara eksplisit dalam al-Quran dan hadis Nabi ο·Ί menyeru kita meminta doa daripada orang mati?

4️⃣ Adakah orang dalam kubur tu dapat mendengar 1,000 orang yang memohon daripadanya di seluruh dunia secara serentak?

5️⃣ Ketika kaum Nabi Nuh melakukan syirik menyembah dan meminta pertolongan daripada Wadd, Suwa’, Yaguth, Ya’uq dan Nasr, kenapa mereka bersungguh-sungguh mempertahankan amalan mereka dan menolak dakwah Nabi Nuh untuk kembali tauhid pada Tuhan Yang Esa?

Soalan seperti ini tak cukup dijawab dengan sangkaan, lepas tu timbulkan persepsi kononnya Ahli Sunnah larang orang ziarah kubur, macam dalam gambar bawah ni πŸ‘‡πŸ˜…

Dua Buku, Satu Perjalanan Memahami Tauhid

Mungkin anda tertanya:

“Apa kaitan isu meminta doa daripada orang mati dengan kisah Nabi Nuh?”

    Kaitannya terletak pada satu persoalan besar:

    Kepada siapakah doa dan permintaan kita ditujukan?

    βœ… Buku Kisah Nabi Nuh membawa anda kembali kepada sejarah awal kesyirikan.

    βœ… Buku Meminta Doa daripada Orang Mati pula membantu anda menilai satu persoalan yang masih dibincangkan dalam masyarakat hari ini.

    ➑️ Satu buku menunjukkan bagaimana penyelewengan boleh bermula.

    ➑️ Satu lagi menjelaskan bagaimana kita boleh menjaga batas dalam berdoa dan beribadah.

    Apabila dibaca bersama, anda tidak hanya melihat satu hukum secara terpisah.

    Anda mula memahami:

    πŸ‘‰ Punca sesuatu amalan
    πŸ‘‰ Cara ia berkembang
    πŸ‘‰ Bahaya sikap melampaui batas
    πŸ‘‰ Kepentingan mengikuti dalil
    πŸ‘‰ Mengapa tauhid mesti dijaga dengan ilmu

    Meminta Doa daripada Orang Mati πŸ‘‡πŸ»

    "TIDAK PERNAH ADA pada zaman para salaf sesuatu pun daripada perkara ini; sebaliknya permulaan dan bibit-bibitnya hanya muncul selepas berlalunya generasi-generasi yang terbaik. Apabila ia muncul, para alim ulama mengingkarinya, sebagai usaha mereka untuk memelihara sunnah, melindungi kesucian tauhid, mentaati Allah dan Rasul-Nya, serta menutup segala jalan dan sarana yang membawa kepada syirik."
    SHAYKH 'ABD AL-LATIF BIN 'ABD AL-RAHMAN BIN HASAN AL AL-SHAYKH
    Rated 5 out of 5

    Kenapa anda kena dapatkan buku Meminta Doa daripada Orang Mati?

    Buku ini membantu pembaca memahami:

    βœ… Perbezaan meminta doa daripada orang hidup dan orang mati
    βœ… Kedudukan doa sebagai satu bentuk ibadah yang agung
    βœ… Amalan Nabi ο·Ί dan para sahabat dalam urusan doa
    βœ… Penjelasan ulama berkaitan perkara yang dibenarkan dan dilarang
    βœ… Kekeliruan yang sering timbul apabila membincangkan perihal orang soleh dan penghuni kubur
    βœ… Cara menilai sesuatu amalan dengan dalil, bukan semata-mata adat.

    Bukan untuk mengajar pembaca cepat menghukum orang lain.

    Tetapi untuk memastikan ibadah kita sendiri benar dan selamat.

    🌟 Penulis tidak mengambil pendekatan simplistik dengan hanya menolak atau menerima sesuatu pandangan, sebaliknya beliau membedah struktur hujah dengan menghuraikan faktor-faktor penentu hukum (manāṭāt) yang menjadi asas perbahasan, seperti matlamat ziarah kubur, isu pendengaran orang mati, dan hakikat permohonan syafaat.

    🌟 Karya ini mengembalikan perbahasan kepada asas utamanya dengan bersandarkan al-Qurʾān, al-Sunnah, dan pandangan para imam muktabar, jauh daripada unsur retorik dan sentimen emosi.

    🌟 248 muka surat (Soft cover) – 5.5 x 8.5 inch

    Kisah Nabi Nuh πŸ‘‡πŸ»

    Kenapa anda kena dapatkan buku Kisah Nabi Nuh?

    Bukan sekadar penceritaan semula tentang banjir besar.

    Buku ini membawa pembaca menelusuri perjuangan panjang Nabi Nuh menyeru kaumnya kembali mentauhidkan Allah.

    Sejarah awal umat manusia terbongkar melalui himpunan nas dan riwayat-riwayat yang absah dan diterima Salaf, karya asli tokoh ulama hadis dan sejarawan Islam yang agung, Imam Ibn Kathir rahimahullah (w: 774H).

    βœ… Mengapa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya
    βœ… Bagaimana kesyirikan berkembang dalam masyarakat
    βœ… Latar di sebalik nama Wadd, Suwa’, Yaghuth, Ya‘uq dan Nasr
    βœ… Kesabaran Nabi Nuh menghadapi penolakan kaumnya
    βœ… Bagaimana pengaruh pihak berautoriti boleh mempertahankan amalan yang salah
    βœ… Mengapa manusia sukar meninggalkan kepercayaan warisan nenek moyang
    βœ… Pelajaran yang masih relevan untuk umat hari ini

    🌟 196 muka surat (Soft cover) – 5.5 x 8.5 inch

    Apa Kata mereka yang dah dapatkan & baca Dua Buku ni?

    Jangan tunggu sampai kekeliruan menjadi warisan...

    Ramai orang tak pernah berniat nak buat benda yang salah.

    Mereka cuma ikut apa yang sudah biasa dibuat.

    Ikut apa yang pernah diajar.

    Ikut apa yang dilihat sejak kecil.

    Tetapi kisah kaum Nabi Nuh mengajar kita satu perkara yang sangat besar…

    Sesuatu yang bermula dengan niat menghormati orang soleh, boleh berubah apabila tidak dipandu dengan ilmu.

    Generasi pertama mungkin masih tahu batasnya.

    Tetapi apabila masa berlalu, cerita asal mula dilupakan.

    Apa yang dahulu sekadar lambang…

    Akhirnya menjadi tempat manusia meletakkan harapan, pergantungan dan permintaan.

    Sebab itu persoalan tauhid tidak boleh dipandang ringan.

    Kita perlu tahu:

    πŸ‘‰ Apa yang dibenarkan.
    πŸ‘‰ Apa yang perlu dielakkan.
    πŸ‘‰ Dan kepada siapa doa serta pergantungan kita sepatutnya ditujukan.

    Kombo 2 buku ini BUKAN untuk menjadikan kita mudah menghukum orang lain.

    βœ… Ia untuk membantu kita memeriksa kefahaman sendiri terlebih dahulu.
    βœ… Supaya cinta kepada orang soleh kekal sebagai cinta yang benar.
    βœ… Supaya ziarah, doa dan ibadah dilakukan dengan ilmu.
    βœ… Dan supaya hati kita tidak bergantung kepada sesiapa selain Allah.

    Kerana apabila melibatkan tauhid, lebih baik kita belajar sekarang…

    Daripada menyesal kemudian.

    KOMBO ILMU AKIDAH
    + SEJARAH

    Harga Asal RM64

    RM60

    Klik butang di bawah untuk beli sekarang πŸ‘‡πŸ»

    PAKEJ 1 BUKU

    Harga Asal RM32

    RM32

    Klik butang di bawah untuk beli sekarang πŸ‘‡πŸ»

    KOMBO IBN KATHIR

    Harga Asal RM181

    RM150

    Klik butang di bawah untuk beli sekarang  πŸ‘‡πŸ»

    Dr. Abdul Basit rekomen buku Kisah Nabi Nuh ni πŸ‘‡

    Soalan Lazim

    Jawapan soalan lazim di bawah boleh bantu anda untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum membuat keputusan untuk dapatkan buku ini.

    Tidak wajib. Namun, anda boleh bermula dengan Kisah Nabi Nuh untuk memahami latar sejarah, kemudian membaca Meminta Doa daripada Orang Mati bagi melihat kaitannya dengan persoalan semasa.

    Tidak. Ia juga sesuai untuk pembaca awam yang mahu memahami isu ini dengan lebih tersusun dengan dalil dan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah.

    Tidak. Fokus utama buku ini adalah khusus mengkaji hukum meminta doa daripada orang yang telah mati memandangkan belum ada kajian khusus mengenainya. Walau bagaimanapun, subtopik tawassul tetap dikupas bagi menjawab kekeliruan masyarakat, di mana penulis membezakan dengan jelas antara tawassul yang dibenarkan (seperti meminta doa daripada orang hidup yang hadir dan berkemampuan), tawassul bidaah (bertawassul dengan zat atau kedudukan seseorang), dan perbuatan syirik akbar yang sering dikaburi dengan nama tawassul (meminta terus doa atau syafaat daripada penghuni kubur).

    Boleh sangat. Ia sesuai dijadikan hadiah ilmu kepada ahli keluarga, sahabat atau individu yang berminat dengan sejarah para nabi dan persoalan akidah.

    Boleh. Namun, membaca kedua-duanya membantu anda melihat kaitan antara sejarah awal kesyirikan dengan kepentingan menjaga batas dalam berdoa.

    Buku ini ditulis dalam Bahasa Melayu yang mudah dan jelas supaya pembaca dapat memahami isi dengan santai tanpa rasa berat.

    Kami gunakan perkhidmatan penghantaran SPX Express untuk Semenanjung Malaysia dan pos ke Sabah & Sarawak, NinjaVan untuk pos ke Singapura.

    Ya ada, caj tambahan RM5 untuk tempahan COD.